Kepelbagaian Idea “Bangsa Idaman"

Inilah yang dinamakan sebagai “bangsa idaman” iaitu sebuah harapan, sebuah idaman, majalah, sebuah impian dalam mencapai perpaduan antara kaum. Namun idea “bangsa idaman” sehingga kini masih menjadi impian malah yang wujud adalah negara tetapi bangsanya tidak terbina seperti di Malaysia. (Shamsul Amri Baharuddin, 2011). Konsep “bangsa idaman” bukan suatu konsep baharu, ianya bermula dari sejak tahun 1996 lagi, Robert Rotberg, seorang sarjana Amerika memperkenalkan konsep nation-of-intent ketika mengkaji nasionalisme orang Afrika.


Menurut beliau, hasrat mewujudkan “bangsa idaman” di Malaysia tercetus sejak sebelum merdeka lagi. Sebelum merdeka wujudnya pergerakan nasionalisme iaitu setiap bangsa masing-masing merancang untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idaman masing-masing, yang bermaksud sifat dan wajah bangsa Malaysia yang mereka inginkan adalah sesuai dengan agenda ekonomi, politik, sosial dan budaya masing-masing. Malah di Malaysia, konsep yang sama juga digunakan oleh Rustam A. Sani pada tahun 1957 dalam mengkaji asal muasal gerakan Kiri Melayu. Shamsul sendiri menggunakan konsep bangsa idaman buat kedua kalinya di Malaysia pada tahun pada tahun 1996. Namun pada hemat beliau, Malaysia bukan sahaja masih mencari-cari ‘bangsa idaman’ yang ideal, malah perpaduan yang jelas masih menjadi suatu impian.

 

Pandangan terhadap konsep negara yang bercirikan wilayah dan bangsa adalah terhad. Dalam satu-satu wilayah, sempadan atau boundary tertentu, terdapat pelbagai perbezaan identiti, ciri-ciri budaya, dan juga citarasa. Menurut Shamsul, identiti berkumpulan atau ‘collective identity’ adalah bersesuaian dengan suasana kemajmukan masyarakat Malaysia. Selepas kejatuhan penjajah, wujud tiga keadaan di Asia Tenggara. Pertama, konsep satu negara bangsa dalam satu entiti seperti di Brunei. Kedua, negara tanpa bangsa seperti BangsaMoro. Ketiga, adanya entiti bangsa dan entiti negara seperti di Malaysia, Indonesia dan Singapura.


Di Malaysia, pembentukan bangsa terjadi dalam dua fasa iaitu sebelum dan selepas merdeka. Antaranya adalah konsep Melayu Raya yang digagaskan oleh pergerakan Kiri Melayu, konsep Negara Islam yang diperkenalkan oleh kelompok Islam, dan konsep masyarakat majmuk yang dipimpin oleh orang Melayu. Namun demikian, hanya konsep terakhir iaitu “Malay-led plural society” diterima oleh pihak British pada ketika itu. Hal ini dinatijahkan dengan terbentuknya CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949) yang diterima pakai sehingga kemerdekaan.

 

Selepas negara ini mencapai kemerdekaan, wujud keinginan untuk melahirkan satu konsep kenegaraan yang kolektif atau identiti nasional sepunya. Impian ini antaranya telah melahirkan konsep Malaysian Malaysia yang popular ketika tahun 1960 (diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew ketika Singapura berada dalam persekutuan Tanah Melayu) dan akhir 1990 (pada era pemerintahan Mahathir Mohamad).

 



Selain daripada itu, pembangunan bangsa selepas merdeka turut melahirkan konsep-konsep lain seperti Wawasan 2020 dan Gagasan 1 Malaysia. Malah di Borneo, wujud konsep seperti Sabah for Sabahan, dan Sarawak for Sarawakian. Walau bagaimanapun menurut Shamsul, konsep-konsep yang wujud di Borneo ini dicetuskan oleh kelompok strategi internet dengan bantuan sosial media dan tidaklah popular dalam konteks yang lebih umum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bangsa Dalam Malaysia Baharu

Idea dan Wancana