Idea dan Wancana




     Idea dan wacana mengenai identiti nasional sepunya ini adalah sebuah pernyataan mengenai bangsa idaman. Antara konsep ‘bangsa idaman’ utama pasca Merdeka 1957 ialah memperkenalkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ anjuran kelompok strategik daripada Singapura dan daripada Malaysia. Selepas DEB diperkenalkan, beberapa idea mewujudkan “bangsa idaman” terhasil melalui pemimpin-pemimpin negara seperti idea Bangsa Malaysia dan Wawasan 2020 hasil cetusan idea Tun Mahathir Muhammad. Ketika Dato Seri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran, beliau memperkenalkan Gagasan
1Malaysia sebagai “bangsa idaman” pada era beliau. Manakala di Borneo, wujud konsep seperti Sabah for Sabahan dan Sarawak for Sarawakian. Namun konsep di Sabah dan Sarawak ini tidaklah popular dalam konteks yang lebih umum.



  

    Kepimpinan Mahathir mengekalkan konsep “Malay-led plural society”. Dalam konteks hari ini, konsep bangsa idaman inilah diangkat oleh parti-parti politik seperti Bersatu, UMNO dan PAS. Menurut beliau lagi dalam aspek hubungan kemasyarakatan di dalam konteks Malaysia Baharu ini, penekanan banyak diberikan kepada hubungan antara kaum atau “intra-ethic”.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bangsa Dalam Malaysia Baharu

Kepelbagaian Idea “Bangsa Idaman"