Catatan

Idea dan Wancana

Imej
     Idea dan wacana mengenai identiti nasional sepunya ini adalah sebuah pernyataan mengenai bangsa idaman. Antara konsep ‘bangsa idaman’ utama pasca Merdeka 1957 ialah memperkenalkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ anjuran kelompok strategik daripada Singapura dan daripada Malaysia. Selepas DEB diperkenalkan, beberapa idea mewujudkan “bangsa idaman” terhasil melalui pemimpin-pemimpin negara seperti idea Bangsa Malaysia dan Wawasan 2020 hasil cetusan idea Tun Mahathir Muhammad. Ketika Dato Seri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran, beliau memperkenalkan Gagasan 1Malaysia sebagai “bangsa idaman” pada era beliau. Manakala di Borneo, wujud konsep seperti Sabah for Sabahan dan Sarawak for Sarawakian. Namun konsep di Sabah dan Sarawak ini tidaklah popular dalam konteks yang lebih umum.        Kepimpinan Mahathir mengekalkan konsep “Malay-led plural society”. Dalam konteks hari ini, konsep bangsa idaman inilah diangkat oleh parti-parti politik seperti Bersatu, UMNO dan PAS. Menurut beli

Bangsa Dalam Malaysia Baharu

Imej
Sebagai contoh, di kalangan kelompok strategik nasionalis Melayu terdapat 3 jalur bangsa idaman Kelompok pertama, ‘Melayu Raya’ anjuran kelompok strategik kiri Melayu. Kelompok kedua ‘negara Islam’ anjuran kelompok strategic berorientasi Islam Kelompok ketiga ialah ‘masyarakat majmuk pimpinan Melayu’ ialah kelompok strategi tiga rangkai etnik yang diterima oleh pihak British ketika itu. Pemerintahan British memilah, menyokong dan mempromosi jalur ketiga melalui Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) pada 1949.

Kepelbagaian Idea “Bangsa Idaman"

Imej
Inilah yang dinamakan sebagai “bangsa idaman” iaitu sebuah harapan, sebuah idaman, majalah, sebuah impian dalam mencapai perpaduan antara kaum. Namun idea “bangsa idaman” sehingga kini masih menjadi impian malah yang wujud adalah negara tetapi bangsanya tidak terbina seperti di Malaysia. (Shamsul Amri Baharuddin, 2011). Konsep “bangsa idaman” bukan suatu konsep baharu, ianya bermula dari sejak tahun 1996 lagi, Robert Rotberg, seorang sarjana Amerika memperkenalkan konsep nation-of-intent ketika mengkaji nasionalisme orang Afrika. Menurut beliau, hasrat mewujudkan “bangsa idaman” di Malaysia tercetus sejak sebelum merdeka lagi. Sebelum merdeka wujudnya pergerakan nasionalisme iaitu setiap bangsa masing-masing merancang untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idaman masing-masing, yang bermaksud sifat dan wajah bangsa Malaysia yang mereka inginkan adalah sesuai dengan agenda ekonomi, politik, sosial dan budaya masing-masing. Malah di Malaysia, konsep yang sama juga d